Sunday 10 April 2011

Kereta Yang Bukan Diperbuat Dari Besi


Mercedes Benz ini dimiliki olej billionaire minyak Abu Dhabi. Apa yang menariknya, kerata ini dibuat daripada 100% emas putih. Ini bukan dibuat dari besi atau stainless steel tau. Emas putih. Cuba korang bayangkan betapa kayanya pak arab ini sampai kereta pun di buat dari emas putih.

Kereta ini dibangunkan dengan kuasa v10 quad turbo, 1,600 kuasa kuda dan 2800nm torque. Boleh menjangkau dari 0 ke 100km/h hanya dalam 2 saat sahaja. Kereta ini menggunakan biofuel sebagai penjana kuasa.


Kisah Ferrari , Evo 10 dan Kelisa


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tadi.

“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.”a’ha rosak “jawap pakcik tu simple aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea.

“worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

“Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!”

Berdoalah Untuk Orang Tua Kita


Rassulullah SAW pernah bersabda :
” Setiap pagi sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu tak kira masih hidup atau telah tiada nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu. ”
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari.”
Huraian hadith:
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh sungguh tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita.
Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya.) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.
Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.
Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja.
Caranya :
‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin.” (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal : “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Gambar Kereta Rolls Royce Terbaru

Rolls Royce merupakan kereta mewah yang hanya di miliki oleh orang-orang kaya dan bangsawan sahaja. Apa yang menarik mengenai kereta ini adalah ia di katakan di buat 100% hand made. Bermakna tidak menggunakan mesin untuk menjaga prestij kereta ini. Dari email yang kami terima, Rolls Royce akan mengeluarkan model terbaru yang berkonsepkan concept car. Usya gambar untuk maklumat lanjut.










Saturday 9 April 2011

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.


Semalam, 8 april 2011. Berakhirnya pengajaran Ustaz Tuah di giatmara.. Dari awal beliau masuk mengajar kitorang. Memang kelakar.. Sekarang,Beliau telah di naikkan pangkat .. Dan etlah di pindah kan ke larkin. memang sedih saat pemergian beliau.. Mule2 seronok.. Mase beliau nak pergi je.. sume sekali salam ngan die,,peluk.. saat tuh memang sedih.. tapi nak wat caner.. sume ni takdirNya.. Ustaz Tuah memang best la!!

Thursday 7 April 2011

Japan Earthquake


11 march 2011 jepun telah dilanda tsunami,semalam (7 april 2011) negara yang maju tuh kene tsunami lagi, kita semua kene beringat . Tuhan dah bagi macam2 petunjuk,penanda, cume kita je yang endah x endah.Bukan kat jepun je,Haiti,Afrika,Indonesia dan mungkin ada lagi negara yang kene bencana kecik2 x dikhabarkan kat berita. Dan mungkin ada yang xtau ape maksod TSUNAMI tuh kan..

T-Tuhan
S-Sudah
U-Uji
N-Namun
A-Ada
M-Manusia
I-Ingkar

BERINGAT LA..

Fenin...

aku masih tertanya2 macam mana nak cantik kan blog,.. nak kene perah otak ni~ adeh..
aku ni dah la xkreatif sangat.. erh.. sape leh tolong ek.. ekh.. aku mane ade follower lagi.. lek capik lek..

First Step....

Assalamualaikum~ ni 1st time wat blog nih.. hope enjoy k.. peace no waR! :D